Saturday, January 30, 2010

yang kahwinnya kakak kepada zur...!!!!


1) IBU



2) rombongan pengantin lelaki



3) pengantin wanita



4) mempelai datang



5) pengantin lelaki


6) ayah pengantin perempuan



7) wang hantaran





8) rombongan pengantin perempuan



9) amin..dari pengantin wanita






10) tenang dalam sebak

Friday, January 29, 2010

bertanyakan pendapat.....?????

assalamualaikum w.b.t
disini saya ingin meluahkan pandangan hati tentang satu keadaan yang berlaku selepas rusuhan di UKM.....perkara tersebut ialah ....
PELAJAR MENUNAIKAN SOLAT HAJAT BERJEMAAH DI LUAR MASJID (DI ATAS JALAN TAR)

mungkin ramai pelajar yang mengetahu kejadian ini....cuma apa yang menjadi persoalan di jiwa raga ini,

1)adakah pihak masjid ukm tidak membenarkan pelajar menunaikan solat hajat di dalam ruang masjid yang lebih selesa.

tidak keterlaluan jika dikatakan disini bahawa bahawa pihak terbabit ingin mendapatkan simpati dari semua pihak yang menyaksikan kejadian ini. selain itu juga, solat hajat yang mereka lakukan juga seolah-olah menunjukkan pihak universiti ataupun pihak polis bertindak dengan SANGAT ZALIM terhadap mereka.

bukan ingin mempersoalkan amalan ibadat yang sgt tinggi disisi ALLAH, cuma mempersoalkan tindakan yang dilakukan...

apapun syabas diucapkan kepada pihak universiti kebangsaan malaysia,UKM dan universiti malaya UM....yang mengambil langkah bijak dalam menyelesaikan masalah pelajar...

sekian.....terima kasih

Thursday, January 28, 2010

RUSUHAN DI UKM....

jumaat,29/januari/2010

satu detik menarik yang berlaku dalam hidup aku selama berada di ukm...
alhamdulillah, Allah yang maha pengasih lagi maha menyayangi memilih aku untuk datang solat Jumaat...selesai solat jumaat,nampak seperti ada ucapan(syarahan,ceramah,peringatan) yang sering kali berlaku di selepas solat jumaat....dalam ingtan dan fikiran mungkin hanya satu ucapan selepas tamatnya pilihan raya kampus(PRK)..(pengumuman keputusan kot)..tetapi apa yang berlaku lebih dari itu.....

1) budak2 sekolah berlari lebih laju dari biasa untuk ke kawasan perkarangan masjid (besa la budak2)

2) banyak trak polis dan anggota polis berpakaian anti rusuhan datang...(er,bru pas solat jumaat ngn kitaorg kot)

3)bunyi bising yang sangat kuat orang berteriak....menyatakan seperti "kebebasan kepada mahasiswa"

oleh kerana itu,kita pon melihat dari kawasan tangga masjid ukm...disini terdapat tiga orang pengulas kejadian tidak rasmi iaitu aku sendiri (hehehe),sorang jemaah dari FUU dan sorang lagi yang nama pon da lupa....(baru kenal je pon,kenal sbb rusuhan)....antra topik dibincangkan...

1) berlakunya demostrasi di canselori dan meminta pengiraan semula undi....demostrasi dilakukan kerana pihak tersebut yang tidak berpus hati dalam kekalahan PRK(xtau pon ada...hehehe)

2) pada mulanya kekalahan pihak pro-m kepada aspirasi hanyalah 17 kerusi berbanding 18 kerusi,namun selapas kiraan semula menjadi 15-20...(xtau btol ke x fakta neh)

3) pihak terbabit mendakwa berlakunya penyelewengan dalam pengiraan undi...

4) pihak terbabit mendakwa pihak pentadbiran memihak kepada pihak lawan mereka...(yang neh semua orang tau kot)

5) adanya kelibat dari pihak luar yang mengAPI-APIkan mahasiswa sehingga terjadinya rusuhan

selepas syok punya tengok perhimpunan(blum rusuhan lagi),kelihatan anggota polis yang lengkap datang menyerbu ke arah mahasiswa yang berhimpum..(yang neh rusuhan)..selepas itu, dua mahasiswa ditangkap dan dibawa ke atas trak polis. tidak cukup dengan itu,pihak polis meminta semua yang terlibat bersurai...ada anggota polis masuk ke dalam masjid dengan memakai kasut...(errr,bang dlm masjid jgn pakai kasut,masjid kawasan suci dari najis)....terdengar jeritan dari mahasiswa yang berbunyi...

HIDUP-HIDUP MAHASISWA...!!!

*****-******* ASPIRASI...(hehehe...da lupa dorang sebut ap...hapus, ke ap ntah)...hehehe
(* dlm aspirasi pun ada org islam,jgn la nk doakan kemusnahan org islam lak)

mahasiswa yang masih teguh dengan pendiriannya cuba untuk menyelamatkan rakannya yang telah ditangkap....namun tidak berjaya...mahasiswa yang lain masih berkumpul di perkarangan masjid dan perbincangan dengan pihak polis dilakukan....(xtau apa yang dibincangkan sbb aku duduk jauh sangat)....selepas perbincangan, wakil mahasiswa membuat ucapan...mereka mendakwa mereka tidak mahi dilakukan seperti binatang,dan mengharapkan pihak pentadbiran tidak campur tangan dalam urusan mahasiswa...(klu pentadbiran xcampur tangan dlm hal pelajar,nak bayar yuran kolej kat mana nnt)...urmmm????....selepas selesai ucapan,satu doa ringkas dibaca dengan penuh semangat...doa dlm bahasa arab itu turut di aminkan oleh anggota polis...

motor aku btol2 terletak kat belakang trak polis yang menahan 2 mahasiswa terbabit...dalam usaha untuk keluar dr parking motor,sempat berbual dengan polis kenapa mereka ditahan...seorang polis menjawab dengan tenang,mereka ditahan keran MENCEDERAKAN PIHAK POLIS (menendang)...dan polis tersebut menunjukkan kecederaan yang dialami...berdarah kat lengan oooo....hebatla stdent...

semua jalan ke perkarangan masjid ditutup selepas itu....

pulang ke kolej lebih kurang jam 3ptg...

(semua tulisan adalah dari saya sendiri,tidak menyebelahi mana2 pihak...)
salam...

Monday, January 25, 2010

sunday blues....


ahad bersamaan 24 januari 2010....
satu hari yang penuh dengan pelbagai kisah yang menarik...

1) bangun pagi dapat title 'shelfish'...terkejut dapat msg tuh...mmg btol kot aku shelfish....
antara pangkat dan gelaran lain yang penah dianugerah ialah....pengecut, hipokrit, dsb...tahniah untuk aku....rujukan untuk masa hadapan...

2) bapaku pulang dari indonesia.....pa akan berpindah ke kalimantan...jaga ladang kat sana...adoi la...hope xjadi....visit je la...

3) lee chong wei ngn beregu negara koo/tan menang terbuka malaysia...tahniah....MALAYSIA BOLEH!!!!( Datuk Lee da ada aweks baru) !!!!!?????

4) joging kat taman tasik cempaka...ramai la pulak abg2 dari bangla,nepal melepak kat tepi track joging...rasa macam berjoging kat taj mahal lak...

5) kat tasik cempaka jugak....ramai la pulak psgn kapel dating...import punya dari indonesia...bersumpah setia janji sampai mati...huhuhu...romantik btol...

6) baru aku tau Pe Pesot dlm facebuk tuh satu dorm ngn aku...katil dia depan katil aku kot...salah dia jugak...buh la nama shower ke...faisal roslan ke..papehal aku da tambah 2 lagi budak teknik dlm list facbuk aku...COMEL lg sorg..

7) ARSENAL kalah...hahahaha

8) xmsg seharian...kini kusedar ku begitu mencintai dirinya...(jiwang skit)huhu


SEKIAN...

Sunday, January 24, 2010

TAKZIAH....!

takziah diucapkan kepada semua rakyat johor atas kemangkatan almarhum sultan iskandar ibni sultan ismail...al fatehah....

Thursday, January 21, 2010

budak lautan....





saje je latak...da xd keja kot...hahaha

hujan di UKM terchenta...



hujan kini turun dengan keadaan lebat di bumi ukm
menanggalkan segala kekotoran di jalanan
aliran air di setiap cerun yang penuh kini melimpah
gugusan-gugusan air mengalir umpama satu rentak tarian
tarian yang tidak diketahu bila akan berhenti
umpama hidup yang penuh dengan dugaan
mencari ruang untuk terus berlalu dan pergi
mencari satu tempat untuk berhenti


jeritan guruh mendebarkan setiap telinga yang mendengar
kilat yang memancar umpama satu amaran kepada mereka
yang masih angkuh dengan kehebatan
yang masih lalai dengan persona dunia
yang masih hidup dengan imaginasi tak berkesudahan


hanya yang berhati mulus memahami
nikmat dunia dan anugerahnya
menikmati setiap inci keindahan nya
kini setiap saat menjadi perhitungan
agar khilaf yang dulu diteladani

aku,
masih disini,
menuggu hujan yang tadinya turun berhenti..

sekian...

Tuesday, January 19, 2010

thanks...

terima kasih kepada mereka yang mengsupot blog aku selama ini....

wah...ayat xmenahan,cam nk delete blog terus je...ucapan terima kasih kepada folower aku..xtau lak da ada peminat...

urmm....just nak bgtau tentang blog aku neh...untuk semua yang nak baca blog aku neh,blog neh aku just nak crita pasal minat aku,pengalaman aku,cara hidup aku,dan semua yang berkaitan dengan aku,kamu, dan mereka di sekeliling aku...kerana bagi ku,kamu yang hidup dengan menafikan sahabat di sekeling kamu, telah menghilangkan seri hidupnyeeee......yelah,ngn membe la kita bergaduh,bergelak,ketawa,terasa hati,sakit hati,geli hati dsb....

ok,blog aku pasal perkara2 neh....::::

1) kamera dan gamba (dslr)...minat yang lama terpendam
2) komik...hehehe
3) nasihat membina...(ada ke nsht meruntuhkan?)
4) politik yang light2...(bg jela pendapat..nnt ckp aku neh anti politik lak)
5) membe2 aku..(sains marin & teknik)...adli ngn naz termasuk
6) esement...hehehe.
7)dsb...

klu korg ada kawan yang ada minat yang sama ngn blog aku...bgtau la ek...

salam...

belajar menaip A B C >>>>> dan seterusnya....

a b c......alif ba ta....saat belaja menulis dan membaca masa darjah satu anggerik kat sekolah sahabat 16,lahad datu, sabah....hahaha...mula belajar untuk menulis di dalam blog..xtau la penulisan neh bagus ke x,just nk jadikan penulisan blog neh sbgi ruang untuk meluahkan perasaan dan meluahkan idea yang terpendam....

...antara pemangkin untuk menulis blog nie,pasti2 la RAKAN2 yang nak bersaing KARANGAN sape paling paling hebat menghentam,mengutuk,memperli,dsb...oleh kerana itu, segala reaksi terhadap post neh amat digalakkan dan dihargai...walaubagaimanapon...mungkin penulisan ini hanaya akan jadi "hot2 chiken shit"...klu smgt taip la...klu xd semagat xd la rjn nk taip...

nanti2 la klu rajin aku taip lagi...salam..salam perkenalan...