Thursday, January 28, 2010

RUSUHAN DI UKM....

jumaat,29/januari/2010

satu detik menarik yang berlaku dalam hidup aku selama berada di ukm...
alhamdulillah, Allah yang maha pengasih lagi maha menyayangi memilih aku untuk datang solat Jumaat...selesai solat jumaat,nampak seperti ada ucapan(syarahan,ceramah,peringatan) yang sering kali berlaku di selepas solat jumaat....dalam ingtan dan fikiran mungkin hanya satu ucapan selepas tamatnya pilihan raya kampus(PRK)..(pengumuman keputusan kot)..tetapi apa yang berlaku lebih dari itu.....

1) budak2 sekolah berlari lebih laju dari biasa untuk ke kawasan perkarangan masjid (besa la budak2)

2) banyak trak polis dan anggota polis berpakaian anti rusuhan datang...(er,bru pas solat jumaat ngn kitaorg kot)

3)bunyi bising yang sangat kuat orang berteriak....menyatakan seperti "kebebasan kepada mahasiswa"

oleh kerana itu,kita pon melihat dari kawasan tangga masjid ukm...disini terdapat tiga orang pengulas kejadian tidak rasmi iaitu aku sendiri (hehehe),sorang jemaah dari FUU dan sorang lagi yang nama pon da lupa....(baru kenal je pon,kenal sbb rusuhan)....antra topik dibincangkan...

1) berlakunya demostrasi di canselori dan meminta pengiraan semula undi....demostrasi dilakukan kerana pihak tersebut yang tidak berpus hati dalam kekalahan PRK(xtau pon ada...hehehe)

2) pada mulanya kekalahan pihak pro-m kepada aspirasi hanyalah 17 kerusi berbanding 18 kerusi,namun selapas kiraan semula menjadi 15-20...(xtau btol ke x fakta neh)

3) pihak terbabit mendakwa berlakunya penyelewengan dalam pengiraan undi...

4) pihak terbabit mendakwa pihak pentadbiran memihak kepada pihak lawan mereka...(yang neh semua orang tau kot)

5) adanya kelibat dari pihak luar yang mengAPI-APIkan mahasiswa sehingga terjadinya rusuhan

selepas syok punya tengok perhimpunan(blum rusuhan lagi),kelihatan anggota polis yang lengkap datang menyerbu ke arah mahasiswa yang berhimpum..(yang neh rusuhan)..selepas itu, dua mahasiswa ditangkap dan dibawa ke atas trak polis. tidak cukup dengan itu,pihak polis meminta semua yang terlibat bersurai...ada anggota polis masuk ke dalam masjid dengan memakai kasut...(errr,bang dlm masjid jgn pakai kasut,masjid kawasan suci dari najis)....terdengar jeritan dari mahasiswa yang berbunyi...

HIDUP-HIDUP MAHASISWA...!!!

*****-******* ASPIRASI...(hehehe...da lupa dorang sebut ap...hapus, ke ap ntah)...hehehe
(* dlm aspirasi pun ada org islam,jgn la nk doakan kemusnahan org islam lak)

mahasiswa yang masih teguh dengan pendiriannya cuba untuk menyelamatkan rakannya yang telah ditangkap....namun tidak berjaya...mahasiswa yang lain masih berkumpul di perkarangan masjid dan perbincangan dengan pihak polis dilakukan....(xtau apa yang dibincangkan sbb aku duduk jauh sangat)....selepas perbincangan, wakil mahasiswa membuat ucapan...mereka mendakwa mereka tidak mahi dilakukan seperti binatang,dan mengharapkan pihak pentadbiran tidak campur tangan dalam urusan mahasiswa...(klu pentadbiran xcampur tangan dlm hal pelajar,nak bayar yuran kolej kat mana nnt)...urmmm????....selepas selesai ucapan,satu doa ringkas dibaca dengan penuh semangat...doa dlm bahasa arab itu turut di aminkan oleh anggota polis...

motor aku btol2 terletak kat belakang trak polis yang menahan 2 mahasiswa terbabit...dalam usaha untuk keluar dr parking motor,sempat berbual dengan polis kenapa mereka ditahan...seorang polis menjawab dengan tenang,mereka ditahan keran MENCEDERAKAN PIHAK POLIS (menendang)...dan polis tersebut menunjukkan kecederaan yang dialami...berdarah kat lengan oooo....hebatla stdent...

semua jalan ke perkarangan masjid ditutup selepas itu....

pulang ke kolej lebih kurang jam 3ptg...

(semua tulisan adalah dari saya sendiri,tidak menyebelahi mana2 pihak...)
salam...

4 comments:

  1. Sian polis tue.. x pasal2 dicederakan... jalankan tugas pun... Bayangkan kalo itu bapak kita... dan diperlakukan oleh kawan kita... apa perasaan kita masa tue? hmmm... PRK x kemana... havoc je lebih.... jgn smpi satu hari nnt xde lagi pilihanraya kampus...

    ReplyDelete
  2. itulah pasal...tp ada membe ckp,mmg ada org lua yang mengapi-apikan keadaan...aku pon ada perasan sorg dua...

    ReplyDelete
  3. tapi papepon kita xleh nk wat tuduhan yang pihak pelajar sengaja mencederakan polis...biasalah dlam keadaan polis merusuh,keadaan kelam kabut,mst ada yang akan cedera,tercalar...hope bnda neh xberlanjutan..

    ReplyDelete
  4. Kerana pasal rusuhan itulah aku terlupa nk ambik laptop aku sb semngat sgt nk tgok rusuhan. last2 hilang lah laptop kesayangan aku bersama data2 dan file2 penting..Arghh..

    ReplyDelete