Showing posts with label karya. Show all posts
Showing posts with label karya. Show all posts

Wednesday, March 24, 2010

dekat tapi jauh

dekat tapi jauh....

menulis sesuatu yang baru selepas lama bercuti....
mungkin ini satu tajuk paling sesuai untuk di tulis.....
selepas lama 'BERCUTI'...
bercuti kerana tekanan dan kesakitan...

urm...hampir semingu tidak menjalankan aktiiviti harian...
apabila kembali ke rutin biasa...
aku melihat rakan-rakan...
mereka seperti terlalu jauh dari aku...
walaupun hakikatnya mereka berdiri di depan aku...

aku hanya mampu melihat bayang belakang mereka...
saat aku merasakan aku semakin jauh ketinggalan...
aku melemparkan senyuman untuk mereka...
tapi..aku masih merasa jauh dari mereka...
aku menyapa mereka...
tapi...aku masih merasa jauh...

aku benci dengan perasaan ini...
aku seolah-olah berada di dunia lain...
dunia yang jauh dari mereka semua....

kini aku masih disini...
dunia yang tadinya aku rasakan jauh...
semakin menghampiri diriku...
kini aku mampu tersenyum sendiri
terima kasih kepada semua sahabat-sahabat

(^_^)


Saturday, February 27, 2010

semalam >> hari ini >> esok

Semalam
waktu yang semakin jauh pergi
meninggalkan kesan
yang kini semakin terhakis
meninggalkan kenangan
yang tertanam di hati

ku tanamkan benih kehidupan
bersama usaha dan doa
yang mungkin mengzahirkan hasil


Hari ini
masih aku alami
menjalani hidup yang realiti
aku melukis
aku mewarnai
dan aku hiasi hidup ini sendiri

aku masih di sini
melihat benih yang dulunya aku usahakan
benih semalam menjadi bunga hari ini
bezanya
mungkin hasilnya baik
mungkin sebaliknya


Esok
masih menjadi satu ilusi
mungkin juga mimpi
ku harapkan bunga segar mewarnai dunia
dari benih yang aku usahakan


::: sekian :::
ciptaan : farizfikri