Saturday, March 6, 2010

kisah budak-budak & buah pisang.....

::::satu kisah::::

pada suatu hari....
pagi isnin yang mendung...
seorang cikgu memasuki kelas....
dengan niat murni untuk mencurahkan ilmu...
setelah selesai mengajar....
cikgu memberi tugasan....

cikgu : esok saya nak kamu semua membawa sebiji pisang ke kelas...
pelajar yang x bawak buah pisang, saya akan denda....

kerana rasa hormat akan cikgunya,
dan takut kena denda...
semua pelajar membawa buah pisang...
ada bawak sebijik...
ada yang bawak setandan...
ada pisang emas...ada pisang tanduk..dan macam-macam lagi...

setibanya di kelas,
semua pelajar bersedia dengan pisang masing2...

cikgu : kamu ada bawak x buah pisang yang cikgu mintak..?
pelajar : ada cikgu...(sambil mengangkat buah pisang)
cikgu : bagus!!!!...saya nak kamu semua bawak pisang neh setiap masa...
jangan tinggalkan....setiap masa kamu kat sekolah neh.....
hari jumaat minggu depan...saya nak tengok...
anggap pisang neh amanah kamu...
pelajar : baik cikgu (angguk-angguk tanda setuju)...

setelah 2, 3 hari berlalu...
pisang yang pelajar bawak semakin membusuk...
mengeluarkan bau yang kurang enak...
ada pisang berair...
ada yang berulat...
pelajar makin tertekan dengan tugasan yang cikgu berikan...

belum sempat hari yang ditetapkan...
seorang pelajar bersuara...

pelajar : cikgu....pisang da busuk...xleh nak bawak...bau pon da nak muntah...
pelajar lain : (ramai-ramai bersetuju)

cikgu hanya mampu tersenyum...
cikgu memulakan bicara...

cikgu : kamu suka dengan pisang yang elok ..?
pelajar : suka...
cikgu : kamu suka dengan pisang yang rosak..?
pelajar : mestilah x...

cikgu : inilah realiti kehidupan...
pisang yang busuk itu umpama sifat BUSUK HATI kamu...
kamu membenci sahabat kamu...
kamu menyebarkan fitnah kepada mereka...
dan kamu mencaci mereka....
perasaan BUSUK HATI yang ada dalam diri kamu hanya akan menyusahkan diri kamu....
kamu terpaksa membawa nya setiap masa...
kamu membiarkan orang lain menghidu sifat BUSUK HATI kamu...
dan mereka melihat kamu dengan penuh rasa jijik...
jika perasaan seperti pisang busuk ini yang kamu bencikan...
kenapa kamu tidak tinggalkan sahaja????.....

bagi diri kamu yang di benci...
janganlah kamu merasa sedih...
mungkin itu ujian dari Tuhan yang menyangi kamu...
biakanlah dia terus membenci...
kerana hati dia penuh dengan perasaan tidak puas hati...
biakan dia terus mencaci...
doakanlah agar dia meyedari...
kamu yang kini telah dizalimi...
berdoalah ke hadrat ILLAHI...
doamu yang kini dizalimi...
tiada hijab dengan TUHAN YANG MAHA MELINDUNGI...

( doa seorang sahabat, untuk sahabat yang lain....dalam keadaan sahabatnya tidak mengetahu akan doa itu, maka doa itu makbul di sisi ALLAH)....wallahhuallam...


:::;sekian:::::

2 comments:

  1. aku pernah bace ni tapi version kentang..moral of the story..kite kena jgn menyimpan perasaan xbaek terhadap seseorang...yg penting kena positif..byk doa n zkir.. that what is my father always told me..

    ReplyDelete