Showing posts with label kehidupan. Show all posts
Showing posts with label kehidupan. Show all posts

Saturday, September 4, 2010

kemeriahan yang merudum...


masa : baru lepas menjerit dan panjat beranda rumah untuk kejut manusia
(sebab orang dalam rumah tido mati)

tempat : tempat beradu

:::kuih raya & baju raya tanda manusia beraya:::
pejam celik,pejam celik dah hampir tamat ramadhan dan hari raya semakin menjelma...hari raya hari kemenangan, selepas hampir sebulan kita berpuasa...semasa hari raya ada beberapa perkara yang kita disunatkan untuk buat di pagi raya...antaranya..

1) mandi sunat hari raya..(walaupun anda seorang yang tak suka mandi pagi, tapi untuk pagi raya neh, apa salahnya berkorban sikit untuk dapat pahala lebih)..lagipun mandi pagi neh dapat ada banyak kelebihannya, antaranya menberi kecergasan fizikal dan banyak lagi...

2) memakai baju raya.... (yang baru kalau boleh, kalau tak yang tercantik dan terbaik) dan wangi-wangian...ini dah menjadi adat orang melayu untuk kelihatan cantik di pagi raya...yela, apa guna shopping baju banyak-banyak kalau tak pakai masa raya...bila dah pakai cantik tuh boleh la ambk gambar pastuh MMS ke awek@pakwe masing-masing...hehehe...mungkin bagi manusia yang yang tak bernasib baik, (semoga Allah mudahkan hidup mereka), bolehlah memilih baju yang terbaik untuk disarungkan kat tubuh masing-masing...

3) makan sesudah waktu subuh @ sebelum solat sunat aidilfitri...yang neh aku dengar dari seorang ustaz...

4) menziarahi jiran tertangga...inipun satu amalan sunnah yang kita kena wat...kita digalakkan untuk ke masjid dan pulang dengan jalan berlainan...dengan tujuan menziarahi jiran...kalau boleh kena ziarah banyak rumah, tapi disebabkan kesilapan kita, kita hanya menziarahi rumah yang kita kenal je...ada yang lebih malang,hanya menziarahi rumah sanak saudara...sebab dia jadi kera sumbang kat taman perumahan dia...


:::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

urmmm...terpanjang la pulak mukadimmah kali neh...sebenarnya kali neh nak bicara pasal suasana hari raya yang semakin merudum...suasana raya dah tidak semeriah dulu...mungkin kerana umur yang semakin dewasa, ataupun amalan raya kita yang kita buat selama ini keranaadat melayu, bukan kerana amalan agama itu sendiri....

kali neh nak berbicara pasal kad raya...antara soklan yang aku nak tanya...(aku perasan macam ramai je yang baca blog aku neh....huhuhu)

1) berapa banyak kad raya yang korang dapat tahun neh?

2)3 tahun lepas, banyak tak kad raya yang korang dapat?

jadi, neh jawapan aku...
1) tahun neh xdapat kad raya
2) 3 tahun lepas dapat jugak kad raya...banyak la jugak..

:::mari mengimbau kenangan kad raya:::

kalau kita ingat lagi masa kita kecik-kecik (masa sekolah rendah mungkin), kita selalu antar kad raya untuk rakan-rakan kita dalam kelas...walaupun kita beli kad bundle je (rm2.00 dapat 5),tapi kita akan berusaha jugak untuk menghantar kad raya dekat semua membe dalam kelas..biasanya sebab dah tak tau nak tulis apa..kita biasa akan tanya..puasa penuh ke tak...raya kat mana...duit raya nak buat apa...baju raya warna apa...yang penting sekali,kita akan beri pantun cmneh,

pecah kaca, pecah gelas,
sudah baca, harap balas.

untuk sumone yang spesel, kad raya yang kita bagi pon spesel la skit...harga rm3.50 sekeping...ada gambar kartun-kartun comel dan romantik...dalam kad tuh, siap tulis lagi tujuan menghantar kad raya neh...antaranya..

1) nak mintak maaf (walaupun duk satu kelas dan slalu jumpa...macam dah tak reti nak jumpa sendri untuk mintak maaf)
2) kad raya pengganti diri ( sebab tuh pas 2 tahun kapel putus, sebab masing-masing dah ada pengganti)
3) tak dapat datang beraya...(sebab ikut keluarga balik kampung kat kelantan...masa neh sayang keluarga lebih sikit)
4)mintak duit raya..(wajib kot, walaupun tau kita takkan dapat duit raya)
5) tanda ingatan di aidilfitri...(kalau lupa memang la ko tak kan dapat kad raya dari aku...)

kemudiannya ada jugak kad raya yang berbentuk pelik...(bukan bentuk 4 segi tepat @4 segi sama la)..ada bentuk lemang..bentuk bas...bentuk ketupat...bla...bla..bla...

bila kita jadi matang sikit, kad raya pon dah makin moden...ada kad raya yang boleh keluar lampu kelip-kelip..ada yang boleh keluar muzik....dan ada jugak kad raya yang bapak jin besar, peti surat pon tak muat...yang neh besanya tahap percintaan dah agak kritikal......posmen pon kena selit kat pintu pagar je kad tuh..

ada jugak kad raya yang ada ayat romantik tak hengat...bagi mereka yang perasan romantik, kad macam neh menjadi kewajipan...(walaupon masa nak beli tuh agak-agak malu dan sorok-sorok...takut kantoi dengan kawan..nanti dapat title jiwang plak...)...masa neh ayat mesti romantik remaja sekolah yang baru bersunat...
"raya tahun neh saya pakai baju raya warna merah, satu keluarga saya pakai baju warna merah...ayah saya beli kain sekayu...langsir umah pon warna merah jugak...awak pakai baju warna apa ek?...kalau awak pakai baju warna merah mesti cantik kan...sama cantik dengan langsir rumah saya...kalau awak muka tak tau malu, awak datang la rumah saya raya neh...saya wat air sirap merah kat awak...k...saya rindu kat awak...raya nanti jangan gatal dengan orang lain ek...pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas...
pakwe awak, ayeh c0mel lote"
.....ROMANTIK BUKAN???.....

biasanya tajuk@perkara yang ditulis dalam kad raya bergantung kepada penerima....untuk ayah lain..untuk keluarga lain...untuk kawan lain...untuk yang diminati pon lain...bagi yang menerima kad raya pulak, mesti ramai yang sengih sorang-sorang bila baca kad raya...sebenarnya, bila dah dapat kad pon dah gembira, apatah lagi bila menbaca...kena pulak bila kad raya dari si dia yang tak dikenali..
"saya dah lama meminati awak, tapi tak berani nak tegur, sebab awak nampak garang...tapi garang-garang awak pon saya suka...saya dari kelas sebelah, awak tak kenal saya pon takpe...tapi saya meminati awak"
...tak ke senyum macam kerang busuk bila baca...

ada jugak kad yang khas macam untuk mu bonda...kepada ayahanda dan bonda...kepada keluarga di kampung...buat kekasih hati...tapi takde plak kad, "buat yang menyakitkan hati" (sebab yang menyakitkan hati la kita nak mintak maaf kan?)...

cita pasal posmen, kompem la dia manusia paling dinanti-nantikan waktu neh...masa neh kalau posmen datang, hati yang tenang akan menjadi gundah gelana...mereka yang berduka cita akan bergumbira...posmen amat digilai waktu neh...dia seolah-olah menjadi supermen,spiderman, batman, ultraman dan men men men yang lain-lain...sebabnya,dialah penghantar kad raya yang dinantikan...

kalau kat rumah pulak...satu kewajiban..adik beradik akan lawan sape paling banyak dapat kad raya tahun neh....yang neh besanya pompuan la..sape dapat paling banyak kad...dia akan claim, 'aku lah paling cantik'...walaupun hakikatnya dia memang tak kan mengaku 'aku lah paling gedik'...dan 'akulah muka paling tak tau malu mintak kad raya kat orang lain'....dah dapat kad raya, apa lagi, kita gantung la kat rumah...kan meriah raya tuh...


TAPI.....



::::ERA kad raya dah berakhir:::

sekarang, memang susah nak dapat kad raya....sebab manusia lagi suka bagi kad digital..(yang dulunya dianggap sebagai impian semata-mata)..tapi impian itu dah jadi kenyataan...

secara jujurnya, aku hanya ada akaun facebook...aku takde twitter dan takde myspace...(jadi aku nak crita apa dah jadi dengan kad digital neh)...

1) bagi yang suka edit, dia akan buat kad raya menggunakan wajah dia yang paling hensem...paling kacak...pastuh tambah ucapan hari raya...dia akan post kat dalam facebook...

2) kalau yang takde skill mengedit gambar, dia taip je kat google search 'kad raya'...pastuh dia post kat dalam facebook...kerja senang...

3) dia akan tagged seramai mungkin kawan-kawan dia dalam 'friend list' facebook...

4) tunggu kawan komen gambar kad raya...

5)aik...xkena tulis alamat ke...xde stem pon...saiz dia besa mana...errr...kad bentuk mercun ada x?...kad ada lampu kelip tak?...ada muzik tak?....errr...errr...posmen ke yang antar kad tuh?....errrrr

6) sape yang rajin...SILA PRINT KAD RAYA TUH DAN GANTUNG KAT RUMAH....

urmmm...kemeriahan raya semakin merudum...feel raya dah kurang...dah tak nampak rumah yang digantung kad raya...dah tak boleh nak lawan sape dapat kad raya paling banyak...dah tak boleh nak belek-belek kad raya....dah tak dapat melihat kad raya yang berlampu dan bermuzik...dah tak boleh nak senyum sorang-sorang bila baca kad raya...dah tak boleh nak perasan diri neh glemer...paling penting...

"DAH TAK BOLEH MERASAI KEMERIAHAN KAD RAYA MACAM DULU..."

Wednesday, July 21, 2010

Tak Seindah Yang Di Impikan...!!!

masa : masa untuk mencari kerja
lokasi : laman web yang menawarkan kerja

:::pembuka kata pemanis rasa...:::

kerana harga gula dah naik sebab kerajaan prihatin kita nak rakyat kurangkan kandungan gula dalam badan, maka terpaksalah jadikan ayat untuk memaniskan hati dan perasaan....suci murni sungguh niat kerajaan untuk menjaga kesihatan rakyat...kalah minyak masak cap buruh...tapi telur ayam yang meningkatkan kolestrol tak naik harga pulak...mungkin masih banyak lagi ibu-ibu ayam yang sanggup berkerja keras untuk menghasilkan telur demi rakyat tercinta...dan juga masih banyak lagi bapak-bapak ayam yang belum mati pucuk...(agaknya lah)...

menjadi satu harapan dan cita-cita (angan-angan) bagi seorang bakal graduan untuk menamatkan pengajian dengan satu keputusan yang cemerlang kemudian mendapat kerja yang diimpikan....maksud aku kerja yang berkaitan dengan bidang dia belajar......ada jugak yang berangan dan bercita-cita nak beli kereta sport dan rumah..."nanti jalan-jalan di pinggir kota bleh la bawak kreta sport aku..sambil berkaca mata hitam (sebab muka pecah rumah), mesti ramai anak-anak gadis tergilakan aku"....nak gaji kena la rm5000 sebulan...bru nampak 'jantan megah bermotor'....yang tak lupa jasa orang tua, dah start angan-angan nak bagi mak duit saku tiap2 bulan-bulan..."niat neh bagus"..

kita tambah lagi angan-angan kita... kita berangan lagi untuk kumpul duit bagi mendirikan masjid (melangkah ke alam perkahwinan)...nak pelamin warna purple taik penyu belah laki..kaler hijau taik lembu belah pompuan..pastuh krusi pengantin tinggi sampai ke langit...kalah artis...(kita berangan lagi)....hantaran nak yang mahal-mahal je...laptop vaio mini satu..set barang kemas 3 dulang...kereta kebal sebijik.....nak honeymoon kat vanice itali, tak pun kat france, kota percintaan gitu (baru sprema aktif)...apa kelas langkawi, (tak subur la sprema aku, ovum lak kurang lancar)....nak anak plak 5 orang...3 laki, 2 pompuan...selang 4 tahun sorang...kalau selang setahun nanti,anak xcukup kasih sayang lak....(amboi merancang)..pastuh nak cucu...nak bukak restoran ada nama kita dengan pasangan...(kira romantik melayu la neh)...tapi adakah ini kenyataan untuk graduan?...

TETAPI..hakikatnya..tak ramai yang mendapat pekerjaan lepas tamat graduan...cuma sesetengah yang bernasib baik je...ada yang terpaksa 'tanam anggur' 5-6 bulan sebelum dapat kerja tetap...kalau ada yang mendapat pekerjaan pun, mungkin amat jauh dari bidang kita belajar...mungkin belajar sains marin tapi kerja di bahagian pengurusan...tak pun kerja tele-marketing...duk depan telepon...tunggu orang tepon...

" abg dah bayar hutang?"
tak pun..."akak, kami dari syarikat bla-bla...nak jual produk bla-bla?"...

urm..apa kena mengena dengan gyre circulation,sediment transport,ocean circulation bla-bla....apa guna kemahiran GIS, C++...apa guna wat tesis sampai menangis...apa guna kena hentam masa viva bagai nak rak???...apa kejadahnya semua ini...

Inilah hakikat...nak tak nak kita terpaksa ikut rentak tarian dunia....(ceh ayat)...kerja sambilan mungkin di GSC, Watson, Kedai makan...ajar tuisyen..ajar renang...jangan jadi gigolo ngn melacur dah...bagi mereka yang berminat untuk meneruskan hidup...kalau tak...terpaksa la melanjutkan biasiswa FaMa (Father & Mother)...huhu..(macam aku)...

kalau tadi berangan nak pakai kereta sport, sekarang boleh la prektis tgk gambar kereta sport...pastu letak dalam profile facebook...tulis lak besar "KERETA IDAMAN AKU"...pastuh tagged kawan-kawan yang ada minat yang sama..(dapat la jugak dorongan free)..

yang pompuan lak, errr (yang dah tak tahan menjadi ibu)...,mula letak gambar kawan yang dah kawen dalam facebook...pastuh puji la...pelamin cantik...pengantin cantik...kasut pengantin cantik...makan nasi beriani cantik...pergi dengan bakal suami : cantik...jumpa kawan-kawan lama : cantik...semua la cantik...terpaksa la puji orang lain dulu...nak kawen lambat lagi...sebab si laki belum stabil...(alasan laki)...

itu belum crita pasal honeymoon...silap-silap honeymoon kat umah mentua jer kat new castle (kota bharu)....hehehe...masa neh baru la keluar hipotesis baru...keaktifan sperma tidak dipengaruhi oleh lokasi tetapi emosi...wah...perubahan drastik btol hipotesis sebelum neh...belum crita pasal anak yang lima orang...belum crita pasal cucu, restoran gabungan nama kita berdua...bla..bla...bla...

inilah realiti kehidupan...apa yang diimpikan tak semestinya kita akan dapat...tapi benda nielah yang buat hidup kita seronok dan bermakna...kalau hidup lancar sangat pun macam tak best jugak...huhuhu...

:::TRIVIA:::
1)tahniah kepada semua bakal graduan UKM...selamat berkovokesyen dan mendapat kerja yang sesuai dengan jiwa dan raga...

2)teringat pesan sahabat..."kerja ada...cuma cepat atau lewat je yang menentukan"...

Wednesday, June 30, 2010

menuju masa depan...

tarikh : 30/6/2010
masa : baru hantar disetrasi

:: trivia ::
berikut adalah dialog dari rakan-rakan yang baru habis wat master berja kursus...

1) " aku memang tak kan sambung phD...aku dah nekad nak keja...letih gila wat master.."
2) " aku nak keja dulu la...naru sambung phd...tuh pon kalau niat aku terbukak la...nak cari pengalaman dulu..."
3) "kalau aku dapat A tesis, aku sambung la phD...kalau x...selamat tinggal"...hehehe

ayat yang aku gunakan adalah ayat no2...huhu...sekarang memang tak de mood langsung nak sambung belajar...niat lagi terbukak untuk mencari satu pekerjaan...umur aku pon dah tua..dalam 23 tahun kot...(tapi still awet muda)...so aku pon nak jugak belajar berdikari...

bila tengok kawan-kawan lama da mula bekerjaya, timbul jugak la dalam hati untuk berjaya macam diaorang...

maka, oleh kerana itu, saya di sisni ingin mengucapkan selamat berjaya kepada semua rakan-rakan yang masih menuntut ilmu..semoga tidak berhenti si separuh jalan...

sekian...hehehe

Wednesday, June 23, 2010

masa lalu yang menghilang...

tarikh : 23/june/2010
masa : 11:30 p.m


:::pembuka bicara pemanis kata:::

"semalam satu sejarah...esok satu impian..."...mesti ramai yang pernah dengar ayat macam neh kan...kalau xsama pon, kita buat-buat la sama (sebab aku dah lupa apa cmna pepatah sebenar)..heheh...ataupun kita pernah dengar ayat seperti "hasil pada hari esok datngnya dari benih yang ditanam pada hari ini"...huhu...sape yang xtanam hasil...korang doalah satu keajaiban datang kat korang sendiri....hehehe

saje je nak tulis benda-benda camneh masa neh...InsyaALLAH, mungkin aku akan menamatkan alam pembelajaran formal selepas neh...dah nak tumpu kat alam pekerjaan selepas neh...

pembelajaran neh ada dua...formal dan tak formal...formal mcm kita blaja dalam kelas dan ada silibus...dan tak formal neh apa yang kita blaja dari pengalaman...so wat masa neh, aku rasa aku nak tinggalkan pembelajaran formal aku dan mencari lebih banyak ilmu dari pembelajaran xformal...

kita biasa mengungkit apa yang berlaku pada masa lalu...satu fakta yang nyata, kita tidak boleh mengubah kenangan kita, tapi kita mampu untuk mengubah makna kenangan tuh...belajar untuk menghargai pengalaman kita boleh buatakan kita jadi lebih matang...itu pon klu pemikiran kita matang la...kalau pemikiran sibuk nak cari salah orang...tak kemana la jawabnya....

jadi satu adab,tertib bagi orang sekarang, cari kebaikan diri sendiri dan cari kesalahan orang lain....nak mengaku salah jauh sekali...bila kita berpikiran macam neh, satu tabiat yang tak bagus adalah kita mula rasa diri kita bagus...kita yang terbaik, yang lain semua hampeh...ego pon bertambah...

sebenarnya lagi bagus kalau kita mencari kebaikan orang lain....dan mencari kesalahn diri sendiri...dengan cara neh, kita akan belajar cara untuk merendah diri...menghormati orang lain...dan berusaha untuk mengubah keadaan diri kita..."orang yang bijak adalah orang yang belajar dari pengalaman diri sendiri...dan orang yang lebih bijak adalah orang yang belajar daripada pengalaman orang lain dan diri sendiri...

patut la orang tua-tua selalu cakap, "pakcik dah makan garam dulu, dah tau masin masam dunia neh".....(dari dulu aku pk,apakah perlu dorang makan garam...sedangkan nasik masih terhidang)...huhu...

:::TRIVIA::::
1) tak nak jadi pengganggur berjaya...hehehe
2) thanks kepada semua guru tadika...guru sekolah rendah...cikgu sekolah menengah...pensyarah kat matrik dan semua lecterer kat UKM...

Saturday, May 8, 2010

aktiviti sebelum tidur

:::pembuka bicara:::

tidur merupakan satu amalan yang paling ikhlas untuk dilakukan....sebabnya xd orang yang nak menunjuk dengan keadaan tdo dia....ikhlas neh buat sesuatu amalan dan meninggalkan sesuatu amalan semata-mata kerana ALLAH (wallah'u allam)...kalau amalan lain mungkin ada yang nk menunjuk...mcm solat...sedekah dan sebagainya....ada orang dia sedekah satu ribu kat umah anak yatim..pastuh wat replika cek sebesar alam..."Rm Satu Ribu Sahaja"...kat atas tuh tulis plak "DERMA IKHLAS DARI SEORANG DERMAWAN YANG BAIK HATI"...ikhlas btol...(ikhlas neh Allah je yang tau)...so kita xd hak nek ckp dia ikhlas ke tak...

::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::::

masuk ke bab utama...'aktiviti manusia sebelum tdo'...kenapa aku tulis benda neh...sebab aku salah sorang yang susah tido malam...(xd la susah mana pon, aku gedik nk tdo lambat)....hehehe...tapi kdg2 memang aku kena sindrom neh...sampai satu kes, aku xleh tdo n then dtg lewat untuk exam...kan naya...tak pasal-pasal kena tulis crita 'tuh' dalam blog....

ada orang memang sengaja xnak tdo awl malam....(sebab perasan diri tuh bizi gila)...sebagai pelajar, korang mesti penah dengar ayat neh kan "aku xleh nak std siang2....xd feel, so aku std mlm"..hehe...xpun ayt cmneh.."malam-malam cmneh la idea ku dtg untuk wat thesis barulah thesis siap ngn tersusun"...huhu...pastuh anta thesis pon lambat gak...(jgn marah)...

ada jugak yang xnak tdo awal sebab tgk bola...(neh biasanya lelaki)...kena plak bila pasukan kesayangan dia yang main...huhu...kononnya xleh nk tdo kalau tak tgk pasukan kesayangan dia main...biarpun esement tinggi menggunung...xp...esement boleh copy...tapi bola xleh...kena tgk jugak...feel lain...(teringat lak grup dlm facebook, "teacher call copy, but we call it as group work")...lepas tuh,takdir menentukan team kesayangan dia kalah, trus xleh tdo sampai zohor.....kan da kena...

ada jugak yang xnak tdo sebab nk bersosial...bersosial ok....jgn ber soooo-sial dah...hehe...ada orang tak tdo sebab men msg ngn awek dia...yela, karang xmsg..awek merajuk...susah lak nk cari eskrim koneto nak pujuk ptg esk...nak g taman bunga lagi...nak jalan2 lagi...dah hujg sem..duit dah xd...ada jugak yang awek xsanggup nk lepaskan 'abang'nya begitu sahaja..."rindu sangat katanya....kalau si 'abang' tak msg...'ayang' jadi gila nnt"...payah jugak kes neh...

ada yang nak tdo...tapi keadaan sekiling menyebabkan dia xleh tdo....biasanya kalau yang ada rumet la...yela rumet suka std lewat malam...sambil setadi tuh pasang lagu kuat2 sampai xingt orang sebelah...urm..hormatilah jiran tetangga...dah tau suka std mlm2 beli la lampu meja@lampu setadi....dah tau suka dgr muzik masa std, beli la earphone....kan aman kalau mcm neh.....xd la sampai rumet trasa hati...sape2 yang suka msg ngn awek mlm2 buta, bleh la silentkan hp..xpon slowkan bunyi...xperlu la nak wat loud speaker...neh tak,bunyi henpon dialah paling kuat...satu blok dengar kot...(tau la ko sorg pakai hp)...bila bergayut,slow kanlah suara...neh x..dialah paling manja...dialah paling romantik....yela,nak gayut siang2 xleh nk manja la....nnt jatuh la keegoan sebagai jejaka macho...

sekarang kita pergi ke tajuk utama....(brapa kali tajuk utama da)...aktiviti yang boleh dibuat untuk cepatkan proses tido...(dari pengalaman aku la)....antra benda yang aku slalu wat bila xleh tdo..(aktiviti psikologi je).:

1)aku akan membuat satu lingkaran depan mata aku..(cm imaginasi)...pastuh aku akan bayangkan benda neh berpusing...bila aku tgk benda neh,biasanya aku jd pening-pening lalat...mamai...dunia berpusing...aku tertido...urm kadang2 berjaya...kadang2 tak berjaya...huhuhu...kadang aku lagi xleh tdo...sebab pening sangat kot...

2) aku akan 'mencipta kandang kambing'...kaedah dia senang je...letak satu kandang kambing yang penuh ngn kambing kat mata kanan....n satu kandang kambing yang kosong kat mata kiri (bayangkan je)...antara kedua-dua mata, korang wat la satu pagar untuk kambing melintas...pastuh ko suh kambing2 korang melompat...kira la satu-satu kambing sampai korg tertido...mungkin akan berjaya...mungkin x...

dua aktiviti neh antara yang aku selalu wat kalau susah nk tdo...kadang2 jadi...kadang2 x...hehehe...sape ada method lain?...boleh bagitau...

::::trivia::::
1)dua hari lepas aku wat gak cara kambing neh...tiba2 dtg gajah kat kandang aku yang tengah penuh tuh...gajah tuh ranapkan kandang kambing aku...hbis semua kambing aku lari...so sekarang aku xleh nk wat dah cara neh...sebab kambing aku semua dah lari...(kalau ada kambing aku yang masuk dalam mimpi korang,bagitau la ek..aku nk tangkap balik)...tp ok la gajah yang dtg...kalau babi yang datang...xke siksa aku nak samak kambing aku sekor-sekor...(huhuhu)

2)sebenarnya xleh tdo sebab fikiran serabut...sebab tuh penting tenangkan fikiran sebelum tdo...macam ambk wuduk ke apa ke...(aku tulis, tapi aku pon x buat)

3)aku cuba pendekkan tulisan aku sebaik mungkin...sebab ada yang komen aku tulis panjang sangat...

4)kaler backgroud pon dah tukar...takut orang yang membaca sakit mata....yela, membe semua rabun (termasuk aku)...so kena la hormati pembaca...

Thursday, May 6, 2010

ber-sosial atau soo-SIAL??

:::pembuka bicara:::

pembuka bicara pemanis kata...mahu bersosial...ok...jaga-jaga....jangan sampai ber soooo-SIAL...huhu...kalau zaman dulu-dulu orang bersosial tepi simpang...kacau anak dara orang lalu...sape yang xkacau kan...pakai baju kebaya ketat...jalan lengang lenggok...pegang payung...mmg kena la...kena ngorat...hehehe...pastuh si jelita wat muka xpuas hati je...(padahal suka kot)...huhuhu...bila zaman dah makin maju...benda yang sape dipraktikkan...xd cara lain ke...(mungkin neh method yang paling berkesan kot)..tapi kaedah dia lain skit la...lokasi dari tepi simpang dah bertukar jadi tepi kaki lima...sebelah shoping complex..awek pakai baju ketat lagi...tapi bukan kebaya je kena...semua y ketat kena kacau...tapi ayat stil sama..."ai, sorang je?"...ayat paling bertahan lama....

tuh zaman dulu bersosial...zaman skrg bersosial x??...mestilah kan, tapi bersosial kaedah moden...kalau xd manusia bersosial xd la laman sosial...huhuhu...laman sosial adalah satu laman yang baik untuk bersosial...tapi jangan salah guna sampai jadi tempat bersoo-SIAL...

dulu freindster...pastuh ada my space....timbul plak twiter...kemudian wujudlah facebook....aku tau pasal my space ngn twiter...sbb aku xde akaun dua laman sosial neh...yang aku ada friendster (fs) ngn facebook (fb) je...

ok...bersosial dalam fb...ini adalah ayat penyata...'RAMAI YANG JUMPA AWEK DALAM FB'....hehehe...banayk benda lawak dalam fb neh...antaranya relationship status....xpon dengan status...haha...ada meluahkan perasaan...ada melepaskan geram...macam-macam la...yang best sebab bleh komen dalam status orang...pastuh blok orang yang komen...hehehe....banyak lagi la..bestkan kalau dapat men komen sampai berpuluh-puluh...apa yang best pakai fb neh bagi aku sbb dapat jumpa balik teman2 lama....pastu terkenang kisah dulu-dulu...antara kawan lama yang aku dah jumpa ialah budak teknik ngn budak matrik...hehehe...yang dulu bermusuh tak bertegur, sekarang mesra...kan ok bersosial cmneh...tapai jagan la jd soo-SIAL la...tabur fitnah...jatuhkan air muka orang....komen nk hina orang je...nnt kena blok dr berkomen mula la marah...hehehe...

yang kedua grup....grup paling xmenahan penah aku jumpa...'LELAKI MALAYSIA LEBIH KACAK DARI MAT BANGLA' (ko ada masalh ngn mat bangla ek?)...huhuhu...apa-apa jela...ada yang jd 'kipas' (fan) kat artis yang dia sayang...pastuh ada y perasan anta gamba kat profile artis kesayangan...paling xmenahan letak gamba edit dia ngn artis...siap ada lambang luv lagi bacground...boleh la nk perasan...huhu...tapi jagan la jdkan laman sosial tempat ber soo-SIAL lak...kutuk aris neh...hates orang neh...letak gamba orang neh dalam keadaan aib...uih...xbagus neh...berperang manusia nnt...huhu...

papepun...selamt bersosial..

:::trivia:::
aku tengah bosan...huhu...sape ada idea untuk aku menulis...hahaha

Saturday, April 17, 2010

aku dan exam...!

tarikh : 17 April 2010
masa : 11:30 p.m.

::exam dah dekat::
20,21,23 dan 28 april neh tarikh exam aku yang terakhir di UKM...insyaallah la...
(kalau xrepeat paper)...haha...lepas neh mungkin dah xd exam lagi kot kat UKM tercinta neh...
ambk exam kat tempat lain plak...papehal pon semester neh aku rasa semester paling serabut dalam hidup aku...tesis xsiap lagi...dgn esemen(yang baru setel je..)..dan juga masalah persekitaran (tak nak ungkit dah...hukhuk)...

so..aku harap aku buleh wat yang terbaik untuk exam kali neh...
(walaupun aku stil suka main2)...CUAK,RISAU,TAKUT???...
semua tuh masih ada,walaupun dah dekat 10 kali aku ambik exam sistem semester...
dari m3x sampailah ke master neh...huhuhu...


:::exam setiap masa:::
sebenarnya bagi setiap insan (mode insaf dan muhasabah diri), kita akan sering kali menjadi manusia yang akan menempuh ujian...ujian kat dunia...alam kubur...dan padang masyar dan sebagainya...
ujian yang kita tgh ambk tanpa disedari neh sebenarnya ujian yang lebih penting...yelakan orang cakap, hidup kat dunia neh persinggahan...untuk mencari bekalan di hari mendatang...tapi bagi manusia yang lupa dia tengah ambik ujian (macam aku)...so dia hidup la kat dunia neh macam dia nak hidup 1000 tahun lagi...semua benda main redah je...dah xpk panjang-panjang...

setiap ujian yang kita tempuhi sekarang neh akan ditanya balik masa kat kubur ngn padang masyar...bezanya dengan ujian kat dunia neh....'ujian' kat sana xleh nak repeat...xmacam kat dunia neh...kalau fail exam, buleh la nak repeat...(sebab tuh ada orang umo 60 thn pon ambk SPM lg...gigih btol)...(ada yang repeat paper kat U smpi 2x,geologi asas)...hehehe...(aku pon kandas ujian memandu lesen D,bleh repeat lagi sekali...nasib baik lulus)...TAPI,kalau kita fail kat akhirat nanti kita dah xd masa dan xboleh nak repeat 'paper'...umpama sukarnya seorang bayi untuk kembali ke rahim ibunya...macam tuhlah mustahil untuk manusia di akhirat utk kembali ke dunia....
kesimpulannya..."sebab tuh ada yang cakap dunia neh tempat ujian"....

ada sekali dgr satu ceramah kat stesen radio (dakwah melenium)..... (aku bukan nk sgt dgr,tapi tyme tuh xdpt stesen len,so layan je laaaaaa....) dlm tuh penceramah ada cakap, kejayaan dalam segi akademik neh hanya menyumbang 15% kepada penyumbang kejayaan kehidupan individu...(WALLAHUALLAM)...dia menyambung lagi....sahsiah adalah penyumbang terbesar kepada kejayaan kehidupan individu....owh...baru aku tau...akhlak neh penting sebenarnya...oleh itu, aku nak la nasihatkan diri aku yang xd akhlak dan kurang sahsiah neh untuk betulkan diri...hehehe...(apa beza sahsiah dan akhlak???)

so pentinglah bagi kita semua nak betulkan akhlak neh...akhlak ngn ibu bapa...akhlak ngn kawan...akhlak ngn guru...dan semuanya....semoga ALLAH bagi kita kekuatan untuk berakhlak...
hehehe...amin...


:::TRIVIA:::
aku tulis blog neh dalam keadaan aku belum habis baca marinkultur lagi....walaupun exam dah dekat....xnak repeat....huhu