Monday, May 10, 2010

menyesal tak sudah...

tarikh : 9 mei 2010
masa : 11.55 p.m.
tempat : rumah kesunyian (home alone)

:::pembuka bicara:::
inilah waktu terbaik untuk aku merasa kesal...tapi xde la kesal mana pun...tapi masih ada kesal walaupun kesal tuh hanya sedikit...dengan memberi harapan terhadap diri sendiri untuk menyiapkan kerja makmal dalam tempoh yang ditetapkan...tapi ada masalah pulak yang timbul...

sebenarnya ramai rakan satu kos yang dah antar thesis....cuma ada 2,3 kerat je yang hantar lewat...salah sorang ialah aku...tapi alhamdulillah la...ada jugak kot berkat aku hantar lewat...(saje nak sedapkan hati)...antaranya : prof aku pergi outstation sebulan....dari hujung bulan 4 sampai hujung bulan 5...(so kalau aku antar awal pon kena tgu kepulangan prof jugak nak viva)...so ok la aku siap lewat...

sebab apa aku kesal..???..tertekan pon ada jugak sikit-sikit....semuanya salah aku..sebab aku silap merancang dalam wat kerja lab....lagi lah bertambah tensen....kalau x, boleh aku siapkan kerja thesis aku sebelum rabu...adoila....

neh la salah satu perangai yang aku tak suka tapi ada kat aku...suka wat kerja tapi nak cepat siap...tak bagi tumpuan penuh...dan buat sambil lewa....bila nak insaf pon xtau...semoga ALLAH beri aku 'taufik dan hidayat' (bukan taufik hidayat) untuk berubah....

perancangan dalam membuat kerja adalah satu yang perlu dan penting...sebab tuh menjadi sunnah nabi untuk bermesyuarat sebelum melakukan kerja...walaupun dari sekecil-kecil kerja sehinggalah sebesar-besar kerja....jadi, dengan merancang neh, InsyaALLAH kerja kita lebih teratur, tersusun dan bersistematik....perancangan yang baik bila kita ada buat back-up dalam perancangan...tapi kita kena ingt gak manusia merancang....tapi ALLAH yang menentukan...

dalam membuat satu kerja, selain dari perancangan, usaha pon peting jugak...kalau asyik merancang je...tapi kerja tak buat baik tak payah...biasanya kita akan dengan kalimah neh...'usaha,doa,tawakal'....biasanya kita akan berusaha dengan bersungguh-sungguh, kemudia berdoa sekusyuk-kusyuknya...kemudian tawakal setawakalnya....contohnya bila nak exam...(biasanya student la)..2 minggu sebelum nak exam semangat nak belajar...sampai tak ingat dunia...maaf cakap...tapi benda neh berlaku kat kita semua (termasuk aku)...kita belajar dengan tekun sampai terabai solat kita...solat mula dilewatkan....pembacaan al-quran ditinggalkan...dengan alasan kita sedang berusaha....tapi kita lupa dengan solat & pembacaan Al-Quran, Allah akan mencerahkan (memberi nur) hati kita....walhal ilmu itu adalah cahaya...dan cahaya tidak akan masuk ke dalam hati yang kotor dan gelap (kesan banyak maksiat...macam aku)...

kemudian selepas letih belajar (berusaha), kita mula berdoa...buat solat hajat perdana....bacaan yassin perdana...nasib baik xd marhaban perdana...masa neh semua persatuan berlumba-lumba nak wat pogram macam neh...'makanan percuma disediakan'..(macam rasuah jemaah lak)...kepada yang berkenaan...kalau setakat nak solat hajat n buat bacaan yasin tak perlu tunggu persatuan pon xp...buat sendri pon boleh... lagi afdhal kot...

habis je exam...kita bertawakal....'aku dah wat yang terbaik, sekarang aku tawakal'....maka dalam hati kita, kita telah melaksanakan teori 'usaha, doa , dan tawakal' dengan sempurna....kita pon bangga sorang-sorang...

satu salah faham dekat sini ialah...'usaha, doa, dan tawakal' bukan datang dengan berasingan...tetapi datang sekaligus....contoh :...bila kita belajar...usaha yang kita lakukan dengan membuka buku dan membaca untuk memahami sesuatu bidang...pada masa yang sama kita berdoa semoga Allah memberi kefahaman kepada kita dan kita bertawakal...mugkin Allah memberi kefahaman mungkin tidak.....contoh lain: bila kita ambik exam....kita berusaha dengan memberi jawapan terbaik...kita berdoa semoga Allah memudahkan kita semasa menjawab soalan dan akhirnya kita bertawakal....mungkin jawapan kita betul...mungkin salah...

tawakal?...apa dia tawakal?...kat sini ada satu kisah menceritakan tentang tawakal:
seorang tuan guru memberitahu kepada muridnya.."wahai muridku, aku akan mengembara ke serata dunia...dalam pengembaraan aku,aku hanya membawa beberapa dirham dan aku bertawakal kepada Allah..".....kemudian seorang murid bangun dan bertanya..."bagaimana kamu kata kamu bertawakal sedangkan kamu membawa bekalan wang bersamamu??"....tuan guru itu tersenyum...dan berkata.."benar katamu....sesungguhnya tawakal itu hanyalah berserah dan berharap semata-mata kepada Allah...apabila ada dalam hati kita bergantung kepada benda lain, walaupun kecil..maka kita belum lagi bertawakal.."...

sekian....Wallah'ullam

::::trivia::::
1) aku tensen nak wat thesis...tapi terbantut...so aku 'ter'update blog
2)ada jugak yang tanya bila nk update blog...(urm cam terharu jugak ada yang baca blog aku)..walaupon aku baru update semalam...
3)neh la jadinya bila aku mula menulis...jadi melarat nak tulis benda lain....huhuhu....aku nak tulis panjang lagi neh....tapi nnt ada orang cakap sgt panjang.....so,nnt jela aku tulis...tupon kalau ada yang nak suh aku tulis...

No comments:

Post a Comment